From: Omar Abdul rahim [mailto:omarrahim5377@yahoo. com]
Sent: Monday, 29 November, 2010 11:15 AM
To: sjalert@yahoogroups.com
Sent: Monday, 29 November, 2010 11:15 AM
To: sjalert@yahoogroups.com
Subject: Kes Pecah Rumah Semasa Majlis Kahwin
Saya ingin kongsi bersama cerita malang yang berlaku semasa majlis perkahwinan adik saya semalam (28/11/2010). Kami sekeluarga mengadakan majlis kahwin semalam di USJ 22. Majlis semuanya berjalan lancer sehinggalah selepas tamat majlis jam 4 petang.
Kami sekeluarga mula mengesan beberapa kehilangan dompet, duit, kad kredit dan duit mas kahwin. Sehingga malam dianggarkan kami sekeluarga kehilangan dalam RM 2500 tunai. Selain itu beberapa dokumen-dokumen penting seperti kad kredit, IC, lesen memandu dan kad bank turut hilang.
Kami mengesyaki 2 orang wanita melayu dewasa berumur sekitar 38-42 bersama 2 orang kanak-kanak iaitu seorang budak perempuan berumur antara 12-15 tahun dan seorang budak lelaki berumur antara 7-9 tahun terlibat dalam kegiatan mencuri ini. Mereka amat mesra dan beroperasi semasa pengantin sedang makan beradap. Mereka minta untuk solat dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam sebelum menyelongkar bilik mencari barang berharga. Mereka memasuki semua bilik berdasarkan lokasi barangan yang hilang.
Mereka berpakaian baju kurung meron dan purple pada hari tersebut. Beberapa kes sebelum ini juga dilaporkan mereka menggunakan baju yang sama. Bertudung dan kulit hitam manis.
Berdasarkan maklumat polis, ini adalah kes keempat yang dilakukan oleh org yg sama yang berlaku di sekitar USJ dan Putra Height. Kami sedang cuba membantu pihak polis mengesan suspek dengan mengumpulkan gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di rumah diharap dapat berhati-hati.
Omar Abdul Rahim