"Together - Let us keep our neighborhood safe"

Monday, March 8, 2010

Notis Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) 2010

Kepada ahli-ahli Penduduk-penduduk USJ 11/3 yang dihormati sekalian,

Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara dan saudari sekalian dijemput ke mesyuarat agong tahunan 2010 untuk Persatuan Penduduk USJ 11/3, Subang Jaya, Selangor. Jemputan ahli-ahli tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Kepada ahli yang telah menjelaskan yuran bulanan sehingga bulan March 2010.
2. Bayaran bulanan boleh di buat semasa pendaftaran.


Tarikh: 20 Mar 2010
Masa: 9:30 Pagi
Tempat: Auditorium MPSJ

PROGRAM MESYUARAT AGONG

09:30 Pagi
- Pendaftaran
10:00 Pagi
- Ucapan Alu-aluan
- Encik Ng Peng Hin
- Pengerusi Persatuan Penduduk USJ 11/3

- Ucapan Perasmian
- Encik Rajiv
- Kaunselor Zon 3
- Majlis Perbandaran Subang Jaya

10:30 Pagi
- Jamuan Ringan
11:00 Pagi
- Mesyuarat Agong 2010


AGENDA MESYUARAT AGONG

1. Membentang dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Tahunan 2009
2. Membentang dan menerima:
- Laporan Tahunan 2009/2010
- Penyata Kewangan Berakhir pada 31/12/2009
3. Membahas Usul
4. Perkara Berbangkit
5. Ucapan Penangguhan

Sebarang usul (seperti Peruntukan Fasal 8.10) yang hendak dibahas hendaklah disampaikan kepada setiausaha secara bertulis pada atau sebelum 13 March 2010.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Encik Bakri Bin Sawir
Setiausaha
Persatuan Penduduk USJ 11/3
Subang Jaya

No comments: